MENURUT CATATAN AL-ALLAMAH AL-TABARSI Dan aku memberitahu kalian sesungguhnya sesiapa yang aku maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya, iaitu `Ali bin Abi Talib A.S, saudaraku, wasiku. Dan wilayahnya adalah daripada Allah S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku[1]. Wahai manusia! Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik daripada anak cucuku merupakan thiqal al-Asghar (harta paling kecil yang bernilai) dan al-Qur'an adalah thiqal al-Akbar (harta paling besar yang bernilai). Setiap orang menceritakan tentang sahabatnya dan bersatu dengannya. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembalikan Haud kepadaku. Mereka itulah pemegang amanah Allah pada makhluk dan para bijak pandai di bumi-Nya. Sesungguhnya aku telah menunaikannya. Sesungguhnya aku telah menyampaikannya dan aku memperdengarkannya kepada kalian. Sesungguhnya aku telah menerangkannya bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman dan sabdaku itu adalah daripada Allah. Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada saudaraku ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku selain daripadanya. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke bahu `Ali kemudian mengangkatnya[2]. Wahai manusia! Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku, penjaga ilmuku, khalifahku ke atas umatku dan di atas tafsir kitab Allah Azza Wa Jalla. Penyeru kepadanya dan beramal dengan apa yang diredaiNya, memerangi musuh-musuhNya, setia mentaatiNya dan pencegah dari mendurhakaiNya. Beliaulah khalifah Rasulullah, Amiru l-Mukminin, Imam petunjuk, penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al- Siffin) dan Mariqin (Ashab al-Nahrawan)[3]. Aku berkata: Sabdaku tidak boleh ditukar ganti kerana ia adalah perintah Tuhanku. Aku berkata: Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikan `Ali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Laknatilah orang yang mengingkarinya, murkailah orang yang mengingkari haknya. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkaulah yang telah menurunkan ke atasku bahawa Imamah selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali Engkau sebaik saja peneranganku mengenainya dan perlantikanku terhadapnya[4]. Dengan itu Engkau telah menyempurnakan untuk hambahambaMu agama mereka. Dan engkau telah menyempurnakan ke atas mereka nikmatMu dan Engkau telah meredai bagi mereka Islam sebagai agama. Maka Engkau berfirman: "Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Surah Ali `Imran 3:85). Wahai Tuhanku! Aku mempersaksikan Engkau dan cukuplahEngkau sebagai saksi sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. telah menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa yang tidak berimamkannya dan orang yang menggantikan tempatnya yang terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalanamalan mereka dan dalam nerakalah mereka kekal[5] di dalamnya. Siksaan mereka tidak akan diringankan dan mereka pula tidakakan dilayani[6]. Wahai manusia! Ini ialah `Ali orang yang paling kuat di kalangan kalian yang membantuku, orang yang paling berhak di kalangan kalian denganku. Beliau adalah orang yang paling akrab di kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan Allah A.W. Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat mengenai keredhaan melainkan ia turun pada `Ali. Allah tidak berfirman dengan "Wahai orang-orang yang beriman" melainkan Dia memulakan dengan `Ali. Tidak terdapat ayat pujian di dalam al- Qur'an melainkan padanya. Dan Dia tidak memberi penyaksian syurga tentang Hal Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan untuknya. Dia tidak menurunkannya selain daripadanya. Dan Dia tidak memuji dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s)[7]. Wahai manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah, penyokong Rasulullah. Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih dan petunjuk. Nabi kalian adalah sebaik-baik nabi dan wasi kalian adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi. Wahai manusia! Zuriat setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali[8]. Wahai manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan Adam dari syurga disebabkan hasad dengkinya. Lantaran itu janganlah kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya amalan-amalan kalian akan terbatal. Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam diturunkan ke dunia disebabkan "satu kesalahan" sahaja sedangkan beliau adalah pilihan Allah A.W. Bagaimana dengan kalian, sedangkan di kalangan kalian adalah musuh-musuh Allah. Sesungguhnya orang yang celaka saja yang memarahi `Ali. Dan orang yang bertakwa saaja yang mewalikan `Ali. Wahai manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah menjadi saksi bahawa aku telah menyampaikan risalahku kepada kalian. Rasul hanya menyampaikan risalahNya yang terang. Wahai manusia! Bertakwalah kalian kepada Allah dengan sepenuhnya. Dan janganlah kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai manusia! Berimanlah kalian dengan Allah, RasulNya dan al-Nur (cahaya) yang diturunkan bersamanya sebelum kebenaran dipadamkan. Justeru itu kita menolaknya ke belakang. Wahai manusia! al-Nur (cahaya) daripada Allah S.A.W., adalah padaku kemudian pada `Ali kemudian pada keturunannya sehinggalah datangnya al-Qa'im al-Mahdi yang akan menuntut hak Allah dan hak kami (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah menjadikan kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar, penentang, pengkhianat, pelaku dosa dan orang yang zalim dari sekalian alam[9]. Wahai manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian, sesungguhnya aku adalah Rasulullah sebagaimana telah berlalu para rasul sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh "kamu kembali ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur" (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya `Alilah yang disifatkan dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian selepasnya cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia! Janganlah kalian berangan-angan untuk menentang Allah dengan "Islam" kalian, maka Dia akan memarahi kalian dan mengenakan kalian dengan azab di sisi-Nya. Sesungguhnya Dia sedang menunggu kalian. [1] Al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298,al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H, hlm. 113. [2] Al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113. [3] Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958,Hlm.143; al Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154. [4] Al-Tabari, Tarikh, Cairo 1956, II,hlm. 216; Abu l-Fida, Tarikh, Cairo 1957, I, hlm. 116 [5] Maksud "kekal" (al-Khulud) adalah sama dengan Surah al-Nisa' 4: 14 di mana al-Baidawi menyatakan al-Khulud adalah al-Makth al-Tawil, bukan kekal selamalamanya, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil, Cairo t.t., I, hlm. 150. [6] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 343; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 90-93. [7] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 17; al-Dhahabi, Mizan al-I`ti-dal, Cairo 1348 H, III,hlm. 311; Kifayah al-Talib, hlm. 139-141. [8] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 56. [9] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 87; al-Qunduzi al-Hanafi,Yanabi` al- Mawaddah, hlm.10,486;al-Khawarizmi, Maqtal al- Husain, Baghdad 1343 H, hlm. 50.
|

Khutbah Rasulullah Saw Saat Pengangkatan Ali Bin Abi Thalib Di Ghadir Khum
« Prev Post
Next Post »
tolong diilangin iklan perutnya. gak menutup aurat di situs blog islami. terima kasih. wassalamualaikum
ReplyDelete