Wahai ahli al-Mauqif, berbahagialah orang yang mencintai wasi dan beriman dengan nabi al-Ummiyyi berbangsa Arab. Dan barang siapa yang kafir, maka neraka adalah tempatnya. Di kiri al-Wasilah dan di kiri Rasul s.a.w terdapat bayang dan suara datang dari arahnya: Wahai ahli al-Mauqif, berbahagialah orang yang mencintai wasi dan beriman dengan nabi al-Umiyyi dan baginya para malaikat yang tinggi. Tiada seorangpun yang berjaya mendapat roh dan syurga melainkan dia berjumpa dengan Penciptanya dengan ikhlas kepada mereka berdua dan mengikuti bintang-bintang mereka berdua. Lantaran itu, percayalah, wahai ahli wilayah Allah dengan keputihan muka-muka kamu, kemuliaan tempat duduk kamu, kemuliaan tempat rujukan kamu dan dengan kemenangan kamu pada hari ini di atas katil-katil yang berhadapan. Wahai ahli penyelewengan (al-Inhiraf), dan ahli penentangan kepada Allah (al-sadud), Rasul-Nya, sirat-Nya dan pemuka-pemuka-Nya sepanjang zaman, percayalah dengan kehitaman muka-muka kamu dan kemurkaan Tuhan kamu sebagai balasan di atas apa yang kamu lakukan. Tiada seorang nabi atau rasul yang terdahulu melainkan dia memberitahu kepada umatnya tentang rasul selepasnya dan memberitahu berita gembira tentang Rasulullah s.a.w, berwasiat kepada kaumnya supaya mengikutinya, menjelaskannya di sisi kaumnya supaya mereka mengenalinya dengan sifatnya, mengikutinya di atas syariahnya agar mereka tidak sesat selepasnya. Justeru itu, orang yang binasa atau sesat adalah selepas diberi peringatan tentang keterangan dan penentuan hujah. Umat-umat mengharapkan kedatangan para rasul dan para nabi kepada mereka. Jika tiada nabi selepas nabi berlaku, maka ia merupakan suatu musibah yang besar kepada mereka. Lantarn itu, tiada musibah yang lebih besar berlaku seperti musibah Rasulullah s.a.w, kerana Allah telah menamatkan peringatan dengannya, memutuskan hujah di antara-Nya dan makhluk-Nya. Dia telah menjadikannya sebagai pintu-Nya di antara-Nya dan hamba-hamba-Nya serta penguasanya di mana Dia tidak akan menerima mana ibadat dan pengorbanan kepada-Nya melainkan dengan ketaatan kepadanya. Dia berfirman di dalam kitab-Nya Surah al-Nisa'(4): 80 "Barangsiapa yang mentaati rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka" Maka Dia telah mengiringi ketaatan kepada-Nya dengan ketaatan kepada Rasul-Nya, kemaksiatan kepada-Nya dan kemaksiatan kepada Rasul-Nya sebagai bukti penyerahn-Nya kepadanya. Justeru itu, Rasul-Nya sebagai saksi dari pihak-Nya ke atas mereka yang mengikutinya atau menderhakainya di dalam beberapa ayat di dalam al-Qur'an, mendorong pengikut-pengikutnya supaya menerima seruannya. Antaranya di dalam Surah Ali Imran (3):31"Katakanlah: Jika kamu(benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu". Justeru itu, mengikutinya s.a.w adalah mencintai Allah (mahabbatu l-Lah), keredaan-Nya adalah pengampunan dosa-dosa, kemenangan yang sempurna dan berhak syurga. Sedangkan berpaling daripada-nya dan menentangnya adalah menentang Allah, menghadapi kemurkaan-Nya, dan jauh daripada-Nya. Lantaran itu, ia berhak neraka sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Hud (11):17 " Dan barangsiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir dengan al-Qur'an, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya" Iaitu keingkaran dan penderhakaan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah t.w menguji hamba-hamba-Nya denganku (imtahana bi 'ibada-hu), dibunuh musuh-musuh-Nya di tanganku, dan dimusnahkan penentang-penentang-Nya dengan pedangku. Dia telah menjadi aku hampir kepada para mukminin, ancaman kematian kepada penguasa-penguasa yang zalim. Dia telah memperkuatkan aku untuk menolong Rasul-Nya dan memuliakan aku dengan pertolongan-Nya. Dia telah memuliakan aku dengan ilmunya dan mencintai aku dengan hukum-hukum-nya. Dia telah menentukan aku dengan wasiatnya dan memilih aku mengganti tempatnya pada umatnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Orang-orang muhajirin dan ansar berhimpun di sekelilingnya sehingga majlis dipenuhi oleh orang ramai. Wahai manusia, sesungguhnya Ali adalah daripadaku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa melainkan tiada nabi selepasku". Justeru itu, mukminun terfikir bahawa percakapan Rasul itu adalah daripada Allah, kerana mereka mengetahui bahawa aku bukanlah saudara lelakinya sama ada di sebelah bapanya atau di sebelah ibunya sebagaimana Harun adalah saudara Musa di sebelah bapanya dan ibunya dan aku pula bukan seorang nabi (wa la kuntu nabiyyan) sehingga aku menjadi seorang nabi, tetapi itu semua adalah kerana beliau s.a.w melantik aku sebagai penggantinya sebagaimana Musa telah melantik Harun sebagai penggantinya sebagaimana Musa a.s berkata kepada saudaranya Harun di dalam Surah al-A 'raf (7): 142 " Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang mengikuti kerosakan" Dan sabdanya s.a.w ketika satu golongan berkata: Kami adalah mewalikan Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w keluar untuk mengerjakan haji Wida', kemudian pergi ke Ghadir Khum. Beliau s.a.w memerintahkan supaya dibuat minbar, kemudian beliau s.a.w menaikinya. Lalu beliau s.a.w memegang lenganku sehingga dapat dilihat keputihan dua ketiaknya di dalam keadaan meninggikan suaranya sambil bersabda di hadapan orang ramai: Barangsiapa yang menjadikan aku walinya, maka Ali adalah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang menjadikannya wali dan musuhilah orang yang memusuhinya" (man kuntu maula-hu fa-'Aliyyu maula-hu Allahumma wali man walaa-hu wa 'aadi-man 'aada-h). Justeru itu, wilayahku adalah wilayah Allah dan permusuhan terhadapku adalah permusuhan terhadap Allah(kaanat 'ala wilayatii wilayatu l-Lahi wa 'ala adawatii 'adawatu l-Lahi). Kemudian Allah telah menurunkan pada hari itu firman-Nya di dalam Surah al-Ma'idah (5): 3 "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama-Ku dan telah Kucukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama kamu". Wilayah aku adalah kesempernaan agama dan keredaan Tuhan (fa-kaanat wilayatii kamala al-Din wa ridha al-Rabb). Allah telah menurunkan ayat tersebut khusus mengenaiku, menghormatiku selayaknya dan suatu kelebihan daripada Rasulullah s.a.w tentangku. Dan firman-Nya di dalam Surah al- An'am(6): 62 "Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah, Penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala hukum (pada hari itu) kepunyaan-Nya. Dan Dialah pembuat perhitungan yang paling cepat" Sekiranya aku menyebut kelebihan-kelebihanku, nescaya orang ramai mempebesar-besarkannya dan akan mengambil masa yang panjang. Sekiranya dua orang yang celaka (al-Asyqiyaani) merampas jawatan khalifah daripadaku dan menentangku, maka mereka berdua tidak mempunyai hak dan mereka melakukannya kerana kesesatan mereka (rakabaa-ha dhalalatan) serta kepercayaan mereka yang jahil. Lantaran itu, maka ia adalah sejahat-jahat perkara yang mereka kerjakan untuk diri mereka sendiri. Kemudian mereka berdua pula saling melaknati di antara mereka berdua di dalam peranan mereka berdua (yatala'anaani fi dauri-hima). Seorang daripada mereka membersihkan dirinya daripada yang lain berkata kepada sahabatnya apabila berjumpa: Mudah-mudahan di antara aku dan anda sejauh timur dan barat, maka dia adalah sejahat-jahat sahabat. Maka yang paling celaka pula menjawab: Mudah-mudahan aku tidak pernah mengambil kamu sebagai seorang teman yang akrab. Sesungguhnya kamu telah menyesatkan aku daripada al-Dhikr (peringatan) selepas ia mendatangi aku. Dan sesungguhnya syaitan tidak mahu menolong manusia. Maka akulah al-Dhikr (peringatan) yang mereka abaikan dan al-Sabil (jalan) yang mereka berdua menyimpang daripadanya. Akulah iman yang diingkari, al-Qur'an yang ditinggalkan (hujira), al-Din (agama) yang dibohongi dan sirat al-Mustaqim yang tidak mahu dilalui. Sekiranya mereka berdua berlumba-lumba bagi mendapatkan habuan dunia dan kilauannya yang sementara, maka mereka bedua akan berada di nereka sejahat-jahat habuan, serugi-rugi delegasi, selaknat-laknat tempat kesudahan. Mereka berdua melaung-laung laknat (yatasarakhaani bi-l-La'nati) dan penyesalan yang tidak berkesudahan. Tiada kerehatan bagi mereka berdua daripada azab mereka berdua. Sesungguhynya mereka (al-Qaum)masih menyembah dan memuja berhala-berhala (inna al-Qaum lan yazaluu 'ubbada al-Authan). Mereka mengerjaka manasik, melakukan korban kepada berhala-berhala dengan berbagai-bagai cara sebagai penghubung dan mengundi nasib dengan panah menentang Allah dengan sengaja. Mereka jauh daripada petunjuk dan dikuasai syaitan serta ditutupi oleh kehitaman jahiliah. Mereka membesar di atas kejahilan dan berakhir dengan kesesatan. Maka Allah telah mengeluarkan kami kepada mereka sebagai rahmat dan kami melayani mereka dengan kasihan belas. Dengan kamilah Dia menzahirkan cahaya daripada hijab-hijab kepada mereka yang memanfaatkannya, menjadi suatu kelebihan bagi orang yang mengikutinya, sebagai sokongan bagi orang yang membenarkannya. Justeru itu, Dapatkan kemulian selepas kehinaan, banyak selepas sedikit. Hati dan penglihatan mereka menjadi gerun. Penguasa-penguasa yang kejam dan pengikut-pengikut mereka akan menunduk serta bertukar menjadi ahli nikmat tersebut. Kekeramatan yang senang, keamanan selepas ketakutan, persatuan selepas pertengkaran. Dengan kamilah bersinarnya kemegahan Mu'ad bin 'Adnan, kami bentangkan kepada mereka pintu petunjuk, kami memasukkan mereka Dar al-Salam. Kami pakaikan mereka dengan pakaian keimanan, lalu mereka berjaya kerana kami di alam semesta. Terserlah kesan -kesan kesalihan mereka pada masa Rasulullah s.a.w sebagai mujahid, pelaku solat dan iktikaf yang zuhud. Mereka menzahirkan sifat amanah dan mengejar pahala sehingga apabila Allah menyeru Nabi-Nya s.a.w dan mengangkatnya kepada-Nya, maka dengan sekelip mata sahaja mereka kembali ke belakang (kafir). Lantas mereka menimbulkan ketegangan, menzahirkan beberapa kumpulan penentang, merosakan pintu, meninggalkan rumah-rumah. Kemudian mereka mengubah sunah-sunah Rasulullah s.a.w (ghayyaru aathar Rasulullah), membenci hukum-hukumnya. Mereka telah jauh daripada cahaya-cahaya-Nya. Lalu mereka menukar penggantinya. Mereka adalah orang-orang yang zalim. Mereka menyangka bahawa orang-orang yang memilih keluarga Abu Qahafah itu adalah lebih baik daripada maqam Rasulullah s.a.w daripada orang yang telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w sendiri ke maqamnya. Bagi mereka seorang muhajir daripada keluarga Abu Qahafah itu adalah lebih baik dariada seorang muhajir ansar rabbani yang cerdik; Hasyim bin 'Abd Manaf. Sesungguhnya pembohongan penyaksian pertama (awwal syahadah al-Zaur) berlaku di dalam Islam adalah penyaksian mereka bahawa sahabat mereka adalah pengganti Rasulullah s.a.w. Mengenai urusan Sa'd bin 'Ubadah, mereka tidakpun merujuk kepadanya, malah mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah pergi dan beliau s.a.w tidak melantik penggantinya (lam yastakhlif). Lantaran itu, Rasulullah s.a.w yang baik dan sumber berkat itu dijadikan bahan pembohongan pertama di dalam Islam. Hanya sedikit sahaja yang memahami akibat apa yang diasaskan oleh orang-orang yang terdahulu. Sekiranya mereka mempunyai pilihan daripada kecuaian, dipanjangkan umur, dilapangkan dari berpaling ke belakang, dapat mengurangkan tipu daya, berada di dalam keadaan yang tenang, mencapai angan-angan, maka sudah tentu Allah telah menangguhkan Syidad bin 'Ad, Thamud bin 'Abud dan Bal'am bin Ba'ur dengan mencucuri ke atas mereka nikmat zahir dan batin, kurniakan kepada mereka harta dan pembangunan yang banyak. Bumi akan mengeluarkan keberkatannya supaya mereka mengingati nikmat Allah, mengenali kehebatan-Nya, dan bertaubat kepada-Nya. Lantaran itu hendaklah mereka berhenti daripada keangkuhan mereka. Apabila masa mereka tiba, Allah akan mengambil mereka dengan berbagai-bagai cara. Di kalangan mereka ada yang mati secara tertimbus, suara teriakan, terbakar oleh bayang, gegaran dan ditelan bumi sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al- Ankabut(29):40 "Dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri" Sesungguhnya setiap ajal ditulis, apabila sampai masanya, jika didedahkan kepada kamu apa yang akan berlaku kepada orang-orang yang zalim dan kepada orang-orang yang paling rugi, nescaya kamu lari kepada Allah a.w daripada perbuatan mereka. Sesungguhnya aku pada kamu, wahai manusia, seperti Harun pada keluarga Fir'aun, seperti pintu taubat pada Bani Israel, seperti bahtera Nuh pada kaum Nuh. Sesungguhnya akulah al-Naba' al-'Azim (berita yang besar), al-Siddiq al-Akbar (orang yang paling benar) Sedikit sahaja daripada kamu yang akan mengetahui apa yang dijanjikan. Ia merupakan sesuap makanan yang dimakan (lu'qati al-Aakil), seteguk air yang diminum dan satu pukulan yang memeningkan. Kemudian mereka diikuti dengan kehinaan di dunia dan pada hari akhirat akan diazab. Allah tidak pernah lupa apa yang kamu perbuat. Justeru itu apakah balasan orang yang menentang hujah-Nya, menyalahi petunjuk-nya, berpaling daripada cahaya-nya, terlibat di dalam kezaliman terhadapnya, menukarkan air dengan kilauan, nikmat dengan azab, kemenangan dengan kecelakaan, kesenangan dengan kesusahan, kelapangan dada dengan kesempitan. Semuanya sebagai balasan kepada kejahatan perbuatan mereka. Justeru itu, hendaklah mereka yakin dengan janji yang sebenar sebagaimana dijanjikan. Firman-Nya di dalam Surah Qaaf (50):42 "(Yaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya, itulah hari keluar (dari kubur).Sesungguhnya kami menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada kamilah tempat kembali.(Yaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi kami"
|

Khotbah Imam Ali Bin Abi Thalib
« Prev Post
Next Post »
Berikan Komentar Anda