Jangan terlalu sibuk mengurus dunia hingga lupa bahwa hidup punya batas waktu. Hidup harus seimbang, menabunglah sekarang demi akhiratmu.
Home » , » AHL AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM (KEEMPAT: AYAT SHALAWAT)

AHL AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM (KEEMPAT: AYAT SHALAWAT)

KEEMPAT: AYAT SHALAWAT

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَائكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلىَ النَّبىِ‏ِّ يَأَيهَُّا الَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَ سَلِّمُواْ تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya bersalawat ke atas Nabi saw Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkan salam dengan sebenarnya.”(al-Ahzab: 56)

Dalam ayat-ayat yang terdahulu al-Qur’an menyebutkan mengenai kesucian Ahl Bayt as, kasih sayang kepada mereka, dan bahawa mereka adalah Ahl Bayt Nabi saw dan keluarganya. Ahli-ahli tafsir menentukan secara terperinci nama-nama mereka (Al-Al) yang dimaksudkan ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.

Manakala dalam ayat ini menyebutkan suatu perintah yang wajib untuk bersalawat ke atas Nabi saw dan keluarganya yang mulia dengan menentukan kepada mereka dan bukan kepada yang lain daripada mereka, mengagungkan maqam dan kehormatan mereka supaya umat dapat mengetahui kedudukan kerasulan dalam kehidupan dan risalah mereka.

Al-Fakhr al-Razi telah merekodkan dalam Tafsir al-Kabir sebuah hadith dari Rasulullah saw dalam menghuraikan ayat ini, katanya: Nabi ditanya “Bagaimana kami nak bersalawat ke atas kamu wahai Rasulullah saw.” Nabi saw menjawab: katakanlah:

اللهم صل علی محمد و علی آل محمد کما صلیت علی ابراهیم و علی آل ابراهیم و بارک علی محمد و علی آل محمد کما بارکت علی ابراهیم و علی آل ابراهیم انک حمید مجید

Sebelum dikemukakan nas ini, dibentangkan huraian ayat-ayat ini, kemudian al-Fakhr al-Razi berkata: (Hadith) ini menjadi dalil bagi Mazhab Syafi’i kerana (fi’il) amar adalah sebagai perintah wajib,[19] maka wajiblah bersalawat ke atas Nabi saw dan tidak diwajibkan pada selain daripada tasyahhud maka wajiblah bersalawat pada masa tasyahhud.[20]

Kemudian al-Fakhr al-Razi meneruskan, jika Allah dan malaikat-Nya telah bersalawat ke atas Nabi saw maka apakah perlunya salawat kita ke atasnya. Kami berkata bahawa salawat ke atas Nabi saw bukan kerana perlunya (Nabi) kepada salawat. Kalau tidak kerana hajat maka tidaklah perlu bersalawat dari malaikat bersama-sama dengan salawat dari Allah ke atas Nabi saw Tetapi memberi salawat kepadanya ini semata-mata untuk melahirkan penghormatan dari kita kerana belas kasihannya kita dan kita akan diberi ganjaran kerana bersalawat ke atasnya. Oleh itu bagind bersabda: “Barangsiapa yang bersalawat ke atasku sekali maka Allah akan bersalawat ke atasnya sepuluh kali.”

Dalam kitab al-Durr al-Manthur oleh al-Suyuti (Hadith) dikeluarkan oleh Abdul Razak, Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Abd bin Hamid, Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, an-Nasai, Ibn Majah dan Ibn Mardawaih daripada Ka’ab bin Ajrah, berkata: Seorang lelaki bertanya; “Wahai Rasulullah, ada pun cara mengucapkan salam kepadamu kamu sudah tahu, maka bagaimana bersalawat ke atasmu.” Rasulullah menjawab ucaplah:

اللهم صل علی محمد و علی آل محمد کما صلیت علی ابراهیم و علی آل ابراهیم انک حمید مجید

Terdapat lapan belas hadith selain daripada riwayat-riwayat yang menyertakan (Keluarga Nabi saw bersama dengan Nabi saw dalam mengucapkan salawat seperti yang diriwayatkan oleh pengarang (kitab) al-Sunan dan al-Jawami’ daripda beberapa sahabat-sahabat antaranya; Ibn Abbas, Talhah, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Hurairah, Abu Mas’ud al-Ansari, Buraidah, Ibn Mas’ud, Ka’ab bin Umrah dan ‘Ali as dalamnya dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi daripada Hasan bin ‘Ali bahawa Rasulullah s. ‘a.w bersabda: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabil disebutkan salawat di sisinya maka dia tidak akan bersalawat ke atasku.”[21]

Begitulah ulama feqah berpendapat tentang wajibnya bersalawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad saw dalam tahiyyat sembahyang[22] dan wajibnya menyebutkan Al Muhammad dalam solat.

Sesungguhnya orang yang meneliti dalam ayat ini akan mengetahui dengan sejelas-jelasnya daripada syariat ini dan kewajipannya iaitu mengagungkan keluarga Muhammad saw yang telah dihapuskan Allah dosa-dosa mereka dan menyucikan mereka dengan sebersih-bersihnya, agar umat dapat mencontohi mereka, mengikuti cara mereka dan berlindung daripada fitnah dan perselisihan kepada mereka.

Mereka tidak harus bersalawat melainkan bersalawat kepada mereka adalah menjadi harapan umat, yang telah ditunjukkan dan yang dijamin untuk diteladani. Kalaulah tidak kerana adanya ketetapan dan jaminan istiqamah mereka, dan terpelihara apa juga yang lahir daripada mereka, nescaya Allah tidak menyuruh umat muslimin untuk bergantung harapan kepadanya sepanjang masa dan bersalawat ke atas mereka pada tiap kali solat. Sesungguhnya berulang-ulangnya perkara itu iaitu berulangnya salawat ke atas Muhammad dan Al Muhammad saw dan kewajipan bersalawat dalam solat adalah untuk mengukuhkan dan menumpukan perhatian muslimin pada tiap-tiap solat terhadap kepentingan Ahlul Bayt, kedudukan mereka, contoh-contoh teladan mereka dan perjalanan mengikut cara mereka serta berpegang kepada cara hidup mereka.

SUMBER:http://www.al-shia.org

Previous
« Prev Post

1 Komentar

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.