Jangan terlalu sibuk mengurus dunia hingga lupa bahwa hidup punya batas waktu. Hidup harus seimbang, menabunglah sekarang demi akhiratmu.
Home » , » AHL AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM (KETIGA: AYAT AL-MUBAHALAH)

AHL AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM (KETIGA: AYAT AL-MUBAHALAH)

KETIGA: AYAT AL-MUBAHALAH

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَكمُ‏ْ وَ نِسَاءَنَا وَ نِسَاءَكُمْ وَ أَنفُسَنَا وَ أَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتهَِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلىَ الْكَذِبِين‏

“Barangsiapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah dating ilmu (yang menyakinkan kamu) maka katakanlah (kepadanya) marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.” (Ali Imran: 61)

Satu peristiwa sejarah yang direkodkan oleh ahli-ahli sejarah dan tafsir yang menjelaskan kepada umat tentang kemuliaan Ahl Bayt (Ali, Fatimah, Hasan, dan Husayn) dan kedudukan mereka serta menunjukkan keagungan dan kedudukan yang ulung di sisi Allah SWT.

Peristiwa yang direkodkan oleh ahli-ahli sejarah dan tafsir itu ialah peristiwa mubahalah iaitu satu utusan[15] orang-orang Nasara dari Najran datang untuk berhujah dengan Rasulullah; maka Allah menyuruh Rasulullah saw menerusi ayat ini memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn dan Nabi saw keluar bersama-sama mereka menuju ke satu lembah, manakala orang-orang Nasara juga memanggil anak-anak mereka, isteri-isteri mereka dan keluarga mereka bersama-sama mereka itu kemudian berdoa kepada Allah supaya menurunkan azab ke atas pendusta-pendusta.

Al-Zamakhshari berkata dalam al-Kashshaf, sesungguhnya setelah mereka diajak bermubahalah mereka berkata: “Nantilah sehingga kami kembali dan memikirkannya tetapu setelah mereka ingkar janji, mereka berkata kepada Aqib (tukang siksa) wahai Abdul Masih; apa pendapat kamu? Dia menjawab; Demi Allah sesungguhnya telah kami ketahui wahai Nasara bahawa Muhammad ini yang diutuskan dan datang kepada kamu untuk menyelesaikan urusan kamu. Demi Allah tidak pernah suatu bangsa bermubahalah dengan seorang nabi, melainkan semuanya habis binasa, dan sekiranya kamu lakukan nescaya kamu akan hancur dan sekiranya kamu ingin agama kamu kekal seperti yang ada sekarang maka tinggalkan lelaki ini dan baliklah ke negeri kamu. Kemudian datanglah Rasulullah saw mendukung Husayn dan tangannya memegang Hasan, Fatimah berjalan di belakang Rasulullah dan Ali di belakang Fatimah dan bersabda saw: “اذا انا دعوت فآمنوا” Jika aku berdoa maka ucapkanlah amin”, Lalu Paderi Najran pun berkata: Wahai orang-orang Nasara sesungguhnya aku melihat beberapa wajah, andainya Allah menghendaki meruntuhkan gunung-gunung nescaya Allah boleh meruntuhkannya oleh itu janganlah engkau bermubahalah nanti kamu akan binasa dan tidak tertinggal seorangpun Nasrani sehingga hari kiamat. Mereka pun menjawab: Wahai Abu al-Qasim, pada pendapat kami bahawa kami tidak mahu bermubahalah dengan kamu dan kamu mengakui agama kamu dan kami tetap dengan agama kami. Nabi berkata: “Jika kamu enggan bermubahalah maka serahlah diri kamu, maka bagi kamu apa yang menjadi kewajipan bagi orang-orang Islam, dan ke atas kamu apa yang diwajibkan ke atas mereka.” Mereka enggan juga, kemudian (nabi) bersabda: “Kalau begitu aku akan tentang kamu.” Mereka berkata: “Kami tidak memerangi Arab samasekali, tetapi kami hendak berdamai dengan kamu supaya kamu tidak memerangi kami dan menakutkan kami dan tidak mengusir kami dari agama kami dengan membayar kepada kamu tiap-tiap tahun sebanyak $2,000/- baju besi, seribu (dibayar) pada bulan Safar dan seribu pada bulan Rejab dan tiga puluh baju besi biasa,” maka nabi pun berdamai dengan mereka di atas perkara yang demikian, dan bersabda: “Demi Allah yang menguasai jiwaku, sesungguhnya kebinasaan telah nyata ke atas penduduk Najran dan andainya, mereka bersumpah nescaya mereka bertukar menjadi beruk dan babi, dan mereka akan dibakar di lembah api dan Allah membinasakan Najran dan penduduknya sehinggalah kepada burung-burung yang dihinggap di atas pokok-pokok kayu belum pun habis semusim, semua orang Nasara itu binasa!

Seterusnya al-Zamakhshari menyambung ceritanya mengenai tafsiran ayat al-Mubahalah dan kedudukan Ahl Bayt setelah dia mengakui keagungan mereka menerusi hadith daripada Aisyah katanya: didahulukan sebutan Ahl Bayt “أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَكمُ” ke atas dirinya (أَنفُسَنَا) untuk menunjukkan kasih sayang mereka dan hampirnya kedudukan mereka kepada Nabi saw serta menjelaskan bahawa mereka (Ahl Bayt) mendahului (للانفس)dan di dalamnya juga menunjukkan bahawa tiada dalil yang lebih kuat tentang kelebihan orang yang diselubungi.[16] Dan dalam ayat itu dalil yang terang tentang kebenaran kenabian Muhammad saw kerana tidak ada seorangpun sama ada yang setuju atau tidak bahawa mereka menunaikan permintaan mereka.[17]

Sesungguhnya maqam (Ahl Bayt) adalah menunjukkan perbezaan yang ketara antara golongan beriman daripada golongan syirik dan mereka yang menzahirkan keimanan adalah pembela agama dan pemimpin umat dan sesuci jiwa yang telah dihapuskan kekotoran daripada mereka dengan sebersih-bersihnya, maka doa mereka tidak ditolak dan tidak satu kalimah yang didustakan. Dari sini kita dapat memahami bahawa apa juga yang sampai kepada kami daripada Ahl Bayt sama ada dari segi pemikiran, syariat, hadith, tafsir, hidayat dan arahan adalah berjalan mengikut landasan, dan sikap ini, iaitu (Ahl Bayt) adalah yang benar dari segi keutuhan, perjalanan hidup dan peraturannya.

Al-Qur’an menentang musuh-musuh Islam dan menjadikan musuh-musuh mereka sebagai golongan yang dusta, yang terdedah kepada fitnah dan azab: “Kami jadikan laknat Allah ke atas orang-orang yang dusta.” Kalaulah tidak ada jaminan sifat istiqamah dan benar apa jua yang datang dari mereka (Ahlul Bayt) nescaya Allah tidak mengurniakan kemuliaan ini, dan nescaya al-Qur’an tidak berkata apa-apa.”

Al-Imam al-Fakhr al-Razi menyusun dalam tafsirnya (al-Kabir) satu riwayat yang sama seperti yang diriwayatkan oleh Zamakhshari, tafsiran keduanya adalah betul-betul menepati dengan perbincangan ini lalu memberikan ulasannya setelah mengemukakan pendapat al-Zamakhshari, katanya: “Dan ketahuilah bahawa riwayat ini sepertimana yang disepakati kesahihannya oleh ahli tafsir dan al-hadith.”[18]

Al-Allamah al-Tabatabai dalam menyebutkan huraian tentang apa yang dimaksudkan dengan ayat ini bahawa orang-orang yang Allah (kehendaki) bermubahalah dengan musuh-musuh mereka ialah Rasulullah saw, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn as telah menjelaskan seperti berikut: ahli-ahli Hadith bersetuju untuk melaporkan ayat di atas dan menerimanya dan diperkukuhkan oleh pengumpul-pengumpul hadith seperti Muslim dalam Sahihnya, al-Tirmizi dalam Sahihnya dengan disokong oleh ahli-ahli sejarah, kemudian ahli-ahli tafsir bersetuju untuk mengumpul dan mengeluarkan dalam tafsiran mereka dengan tidak ada bangkangan dan prasangka, antaranya ialah sebahagian besar ahli hadith dan sejarah seperti al-Tabari, Ibn al-Fida, Ibn Kathir, al-Suyuti dan lain-lain.

Begitulah ahli tafsir telah sepakat dalam menentukan keperibadian Ahl Bayt ada kewajipan mengasihi mereka, mengukuhkan maqam dan kedudukan mereka di kalangan umat ini.

Dalam ayat yang mulia itu Allah dan Rasul-Nya bermubahalah terhadap musuh-musuh Allah dengan Ahl Bayt sehingga dapat diketahui maqam mereka yang agung dan kedudukan mereka yang suci, dan kalaulah tidak kerana mereka mempunyai kehormatan yang teristimewa yang diberikan Allah dan kesucian yang tersendiri nescaya Allah SWT tidaklah menyuruh RasulNya keluar dengan bintang-bintang yang suci itu untuk mencabar musuh-musuh Allah dengan menurunkan azab Allah dan jaminan diterima permohonannya.

Dalam ayat ini juga terdapat kecantikan bahasa yang perlu ditelitikan iaitu disandarkan keturunan Nabi saw (Hasan, Husayn, Fatimah dan Ali) kepada Rasulullah dengan (perkataan) ‘أَبْنَاءَنَا, وَ نِسَاءَنَا, وَ أَنفُسَنَا’ Kalaulah tidak kerana adanya penyatuan peristiwa dan keluarga Rasulullah bersama-sama dengan keluarganya nescaya tidak akan terfikir untuk dimengertikan perkataan ‘nisa-ana’ kepada isteri-isteri Nabi saw dan ‘abna-ana’ kepada Fatimah dan anak-anaknya yang lain dan perkataan ‘anfusa-na’ kepada dirinya (Nabi) sendiri, tetapi apabila Rasulullah keluar bersama-sama mereka berempat dan tidak dengan yang lain daripada mereka itu maka jelaslah kepada kita bahawa pilihan wanita umat dan ikutan mereka ialah Fatimah dan pilihan anak-anak muslimin ialah Hasan dan Husayn, dan al-Qur’an mengarahkan mereka itu kepada Rasulullah adalah menepati perkataan yang disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Qur’an menganggap Ali seperti diri Rasulullah saw.

1 Komentar

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.