Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Walid daripada al-Hasan bin Mattil daripada Ibrahim bin Ishaq al-Nahawandiy daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami daripada Abu Sulaim al-Dailami daripada Abu Basir berkata: Aku datang kepada Abu Abdullah a.s selepas aku menjadi tua. Beliau a.s. bertanya kepadaku tentang al-Nafs al-'Ali (keluhan hati)? Beliau a.s. berkata: Wahai Abu Muhammad! Apakah itu al-Nafs al 'Ali ? Aku berkata kepadanya: Umur aku telah tua, tulang aku telah reput, dan ajal aku telah hampir sedangkan aku tidak mengetahui apakah aku akan jadi pada akhirat. Beliau a.s. berkata: Wahai Abu Muhammad! Anda mengucapkan kata-kata seperti ini? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda bagaimana aku tidak berkata sedemikian? Beliau a.s. berakta: Tidakkah anda mengetahui bahawa Allah memuliakan pemuda-pemuda (al- Syabab) daripada kamu dan malu kepada orang-orang tua (al-Kuhul)? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada orang-orang tua? Beliau a.s. berkata: Dia memuliakan pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa mereka dan Dia malu kepada orang-orang tua daripada kamu supaya Dia tidak menghisabkan mereka. Adakah aku telah menggembirakan anda? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, kerana kami telah melakukan perkara yang buruk, belakang kami telah pecah, hati kami telah mati, penguasa-penguasa telah menghalalkan darah kami di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh para ulama mereka. Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah? Aku berkata: Ya. Beliau a.s. berkata: Bukan mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah menamakan kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui bahawa bersama Fir'aun adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya. Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir'aun dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhu (menolak) Fir'aun. Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam kem Musa dan dikenali sebagai yang kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir'aun. Maka Allah telah mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat. Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama ini sehingga Dia menamakan kamu dengannya, kerana kamu telah menolak (Rafadhattum) Fir'aun, Haman dan tentera-tentera mereka berdua. Kamu telah mengikut Muhammad dan keluarga Muhammad, wahai Abu Muhammad! Adakah aku telah menggembirakan anda? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan syi'ah, tetapi kamu telah menjadi syi'ah Ahlu l-Bait Nabimu. Maka kamu telah berpegang kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah dipilihkan oleh Allah. Kamu mencintai mereka yang telah dicintai oleh Allah, kamu telah kehendaki mereka yang telah dikehendaki oleh Allah, maka terimalah berita gembira ini. Demi Tuhan, sesungguhnya kamu dirahmati Allah (al-Marhumun), Dia menerima amalan baik kamu dan menolak amalan jahat kamu. Siapa yang tidak berjumpa dengan Allah seperti kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan baiknya dan tidak memaafkan kejahatannya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah dan para malaikat- Nya meluruhkan dosa-dosa daripada belakang syi'ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syura (42):5 "para malaikat bertasbih dan memuji Tuhan mereka dan memohon ampun bagi orangorang yang ada di bumi" Istighfaru-hum (permohonan ampun) para malaikat adalah untuk kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah menggembirakan kamu wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur,dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu,dan mereka sedikit pun tidak mengubah(janjinya)" Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqakum) tentang wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan orang selain daripada kami. Jika kamu berbuat sedemikian, nescaya Allah akan menghina kamu sebagaimana Dia telah menghina orang lain selain daripada kamu di dalam kitab-Nya Surah al-A'raf (7):102 "Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya kami mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang fasiq" Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 "Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orangorang yang bertakwa" Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh selain daripada kami dan syi'ah kami. Allah tidak maksudkan dengan al- Muttaqin selain daripada kami dan selain daripada syi'ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Nisa' (4):69 "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan orangorang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi , para siddiqin,orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya" Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin dan al-Syuhada', dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al- Salihin sebagaimana Allah telah menamakan kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda. Beliau a.s berkata: Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di dalam satu ayat di dalam kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Sad (38):62 "Dan (orang-orang derhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu(di dunia) kami anggap sebagai orang-orang jahat" Kamu yang akan dicari di neraka manakala di syurga, demi Tuhan, kamu dihormati. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut dan melindungi kamu daripada syaitan yang dilaknati di dalam kitab-Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah al-Isra'(17):65 "Sesungguhnya hambahamba- Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka" Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kita dan selain daripada syi'ah kita (ma'anna ghaira-na wa ghaira syi'ati-na). Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam kitab-Nya, maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia berfirman dalam Surah al-Zumar (39):53 " Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya" Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bukan begitu yang kita membacanya, sesungguhnya kita membacanya Wahai hambahamba- Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya" Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad! Jika Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, maka siapakah yang diseksanya? Demi Tuhan, Dia tidak maksudkannya selain daripada kita dan selain daripada syi'ah kita. Ianya secara khusus untuk kami dan kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Demi Tuhan, Dia tidak mengecualikan seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada Amir al-Mukminin a.s, dan syi'ahnya. Allah berfirman di dalam Surah al-Dukhan (44) :41-2 "Iaitu hari seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak akan dapat pertolongan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang" Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan "rahmat" selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan syi'ahnya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda,tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s berkata: Tidak di atas fitrah Islam selain daripada kita dan selain daripada syi'ah kita. Sementara orang lain adalah terlepas daripadanya (fitrah Islam). Adakah aku telah meyakinkan anda wahai Abu Muhammad?[1] |

Pujian Kepada Pengikut Atau Syiah Ali
« Prev Post
Next Post »
Berikan Komentar Anda